Antarabangsa

Pemain Bola Sepak Maghribi Dakwah Pengikut Instagram Untuk Masuk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 18 Disember 2022 – Pasukan Maghribi yang berjaya mara ke peringkat penentuan di tempat ketiga terus mendapat tumpuan ramai apabila dua pemainnya dilihat berdakwah kepada orang ramai untuk menganut Islam semasa siaran langsung di Instagram.

Setelah pasukan itu berjaya menewaskan Sepanyol dalam perlawanan Pusingan 16 melalui sepakan penalti, dua pemain Maghribi, Zakaria Aboukhal dan Abdelhamid Sabiri membuat siaran langsung di Instagram semasa pulang ke hotel mereka dengan menaiki bas.

Menerusi siaran langsung itu, mereka menyatakan kesyukuran kepada Allah atas kemenangan itu dan berdakwah kepada orang ramai untuk memeluk Islam.

“Sertai kami. Sertai kami. Masuk Islam. Mari. Mari ke pihak yang benar, Marilah kepada keamanan,” kata pemain itu.

Kemudian, kedua-dua pemain itu turut memuat naik gambar mereka dengan aksi mengangkat jari telunjuk yang menandakan keesaan Allah dengan kapsyen “Allah Maha Besar” dan “kebebasan”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zakaria Aboukhlal (@zakariaaboukhlal)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abdelhamid Sabiri (@abdelhamidsabiri)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: