NGO

Undang-Undang Tukar Jantina Transgender: Keterlaluan, Usah Dilayan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2022 – “Permintaan meluluskan undang-undang untuk menukar jantina transgender di kad pengenalan adalah keterlaluan dan tidak menghormati identiti bangsa Malaysia,” ujar Ketua Kluster Undang-Undang, Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia (i-Aware), Mardhiyyah Johari.

Beliau berkata demikian bagi mengkritik sebuah badan hak asasi antarabangsa Human Rights Watch (HRW) yang telah menyarankan supaya Parlimen meluluskan undang-undang membenarkan transgender menukar nama dan jantina pada kad pengenalan mengikut pilihan mereka.

Jelasnya, permintaan mereka untuk menukar jantina di kad pengenalan itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan sudah tentu akan mendatangkan mudarat yang lebih besar pada masa hadapan.

Mardhiyyah berkata, majoriti rakyat Malaysia masih hidup sejahtera tanpa masalah kekeliruan identiti yang mana kita menerima bahawa jantina seseorang adalah jantina biologi.

“Jika dilahirkan lelaki, maka dia berjantina lelaki. Begitu juga perempuan,” katanya.

Ujar beliau lagi, di Malaysia golongan transgender hanyalah komuniti kecil dan tidak didiskriminasi sebagai rakyat Malaysia.

“Tetapi untuk meminta sehingga mereka dibenarkan menukar identiti pada kad pengenalan akan menimbulkan banyak implikasi pada negara,” tegasnya.

Tambahan, kita lihat bagaimana pengiktirafan transgender telah menimbulkan masalah pada pertandingan sukan antarabangsa, yang terkini Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada Jun tahun ini mengeluarkan larangan wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita, bermula serta-merta.

Sebelum ini, masalah telah timbul dalam acara angkat berat, yang mana penyertaan transgender dalam sukan wanita menimbulkan bantahan di kalangan atlet wanita.

“Jadi Malaysia tidak perlu melayan tuntutan ini,” tegasnya.

Justeru, Badan Hak Asasi perlu realistik dan adil dalam memperjuangkan sesuatu tuntutan.

“Mereka hanya berani melontarkan sesuatu permintaan, namun apabila masalah berlaku akibat pelaksanaan tuntutan yang tidak munasabah itu, mereka tidak akan membantu menyelesaikan masalah itu,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: