Cabaran TikTok Sejenis Perjudian, Haram Untuk Disertai – Sheikh Abdullah Al-Manea
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 20 September 2022 – “Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan, sama ada melibatkan permainan antara dua orang yang sama jantina atau berlainan jantina,” tegas Sheikh Abdullah Al-Manea, ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi dalam isu cabaran di laman rangkaian sosial, terutamanya aplikasi TikTok.
Tegasnya, cabaran-cabaran tersebut adalah sejenis perjudian dan memakan wang orang lain, satu kebatilan yang dilarang dalam Islam.
Keputusan ulama itu yang juga ahli Akademi Fiqh Islam Antarabangsa itu dibuat ketika cabaran dalam aplikasi TikTok menjadi trending di media sosial. Aplikasi ini telah menjadi destinasi kegemaran untuk video mudah alih pendek.
Cabaran di TikTok adalah kempen atau aliran yang menjemput orang ramai untuk membuat video mereka sendiri dengan melaksanakan tugas tertentu seperti memaparkan bakat atau pengembaraan.