Antarabangsa

Kes Pemandu Mabuk: Lelaki Singapura Dipenjara 2 Tahun, Didenda RM12,775 Dan Dilarang Memandu Selama 10 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 08 September 2022 – Seorang lelaki Singapura, G Mohanavarooman Gopal Oyyappan, 27, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kemalangan.

Selain penjara, mahkamah juga menjatuhkan hukuman denda sebanyak S$4,000 (RM12,775.42) ke atasnya di samping hilang kelayakan memandu semua kelas kenderaan selama 10 tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Menurut portal antarabangsa, dengan lebih dua kali ganda had alkohol dalam darahnya, Mohan memandu ambulans persendirian majikannya selama kira-kira sejam bersama rakannya sebelum merempuh penghadang jalan di Lebuhraya Seletar (SLE) pada tahun 2020.

Rempuhan itu menyebabkan rakannya yang berada di bahagian penumpang sebelah pemandu, yang turut mabuk, mengalami patah tulang rusuk.

Warga Singapura itu sebelum ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, memandu berbahaya menyebabkan kecederaan parah dan memandu tanpa lesen Kelas 3 atau 3A yang sah.

Dia juga mengaku terhadap pertuduhan tidak berkaitan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kerana menumbuk seorang pengunjung di kedai kopi semasa pergaduhan pada Januari 2020.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, Syed Mohd Aizuddin Al-Qassam, Timbalan Pengerusi NGO Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KOMTECH) menegaskan bahawa komuniti setempat mempunyai hak membantah penjualan arak di tempat mereka.

“Nak jual arak, kena dapatkan persetujuan komuniti setempat.”

“Kedai yang nak jual arak, syaratnya kena iklankan di akhbar. Jika tiada bantahan dalam tempoh 2 minggu, maknanya orang ramai telah bersetuju kerana tiada bantahan,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: