Tempatan

Getah Lepas Ke Angkasa, Penoreh Kais Pagi Makan Lusa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – Dalam kebanggaan dengan pencapaian industri getah Malaysia, masih ramai melupakan nasib yang menimpa penoreh getah.

Walaupun kini getah Malaysia digunakan untuk belon aeroangkasa, namun harga getah masih lagi di paras menyedihkan.

Melalui laporan samudera.my yang terdahulu, ramai yang meluahkan rasa kesal dengan Kerajaan yang seolah-olah memandang enteng hal tersebut.

“Harga getah terlalu rendah di Sabah menyebabkan pengusaha getah kecil-kecilan muak dan fed up dengan Kerajaan,” luah Bamuel Muel, seorang pengguna Facebook.

Perkara ini turut dipersetujui oleh beberapa pengguna Facebook yang lain.

Max Spencer berkata harga lantai getah di Malaysia harus diselaraskan.

“Harga getah Sabah terlalu murah. Petani atau penoreh susah makan dengan harga getah di Sabah yang terlampau murah. Sementara harga barang-barangan semakin naik,” katanya.

Martin Gambidau juga meminta Kerajaan mencari resolusi baharu untuk menangani beban hidup pekebun dan penoreh yang tertekan kerana kenaikan harga barang keperluan harian yang melambung naik.

Tidak kurang juga nasib yang menimpa penoreh getah di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan ada keluarga penoreh getah hanya mendapat RM200 sebulan hasil dari penjualan getah dan ada juga yang terpaksa berhutang demi meneruskan hidup.

 

“Sudah sampai masanya pihak berkenaan kaji semula harga getah supaya seimbang dengan kenaikan harga barangan hari ini, jika tidak, tidak mustahil tragedi Baling 1972 boleh berlaku kerana kesempitan hidup penoreh pada hari ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: