Antarabangsa

Rundingan Hamas-Israel Buntu – Media Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAIFA, 20 Mei 2024 – Media penyiaran Israel, Kan telah membuat laporan menyatakan bahawa rundingan keamanan di antara Israel dan Hamas telah dihentikan berikutan berlakunya pertikaian yang besar di antara kedua pihak.
Satu lagi media Israel, Haaretz turut membuat kepastian bahawa rundingan tersebut, yang mana Qatar dan Mesir telah menjadi orang tengah, telah menemui jalan buntu.
Serangan ketenteraan Israel terhadap warga Gaza telah menyebabkan kematian lebih daripada 35,000 nyawa warga Palestin dan menyebabkan hampir 80,000 lagi mengalami kecederaan sejak berlakunya konflik tersebut pada Oktober tahun lalu.
Qatar, Mesir dan wakil Amerika Syarikat (AS) dinyatakan telah membuat percubaan selama beberapa bulan bagi memastikan berlakunya gencatan senjata di Gaza namun sehingga kini ianya tidak membuahkan hasil.
Menerusi laporan pada Jumaat lalu, Kan telah mendakwa bahawa siri rundingan “tidak berlaku buat masa ini”, berikutan “Mesir dan Qatar telah bersependapat dengan Hamas”.
Mesir dan Qatar dikatakan berpendapat untuk diadakan rundingan bagi gencatan senjata bagi pertukaran terhadap pembebasan para tahanan.
Kan juga telah melaporkan bahawa terdapat perselisihan faham yang “besar” di antara Hamas dan Israel terutamanya berkenaan isu bagaimana untuk mendefinisikan “tamatnya peperangan tersebut”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: