Antarabangsa

Muslim Britain Jadi Sasaran Kerajaan British Lucutkan Kerakyatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 16 September 2022 – Kajian The Institute of Race Relations (IRR) mendedahkan bahawa Muslim Britain menjadi sasaran kerajaan British dalam kuasa pelucutan kerakyatan negara itu.

Berdasarkan undang-undang yang diperkenalkan sejak tahun 2002 itu, Muslim Britain bukan sahaja dikelaskan sebagai “warganegara kelas kedua”, malah mereka juga bila-bila masa boleh dilucutkan kerakyatan tanpa sebarang notis.

“Mesej yang dihantar oleh undang-undang mengenai pelucutan kerakyatan sejak 2002 dan pelaksanaannya sebahagian besarnya terhadap Muslim British berketurunan Asia Selatan ialah, walaupun mereka mempunyai pasport, mereka tidak pernah dan tidak akan boleh menjadi warganegara ‘sebenar’, dengan cara yang sama seperti ‘orang asal Britain’,” kata Frances Webber, Naib Pengerusi IRR.

Tambahnya, “Seorang warganegara British ‘pribumi’, yang tidak mempunyai kerakyatan dari negara lain, boleh melakukan jenayah yang paling kejam tanpa menjejaskan haknya untuk kekal sebagai British, tidak seorang pun daripada anggaran 6 juta warganegara British yang mempunyai akses kepada kewarganegaraan lain boleh berasa yakin dalam masa yang lama dengan status kerakyatan mereka.”

Kerajaan mendakwa bahawa hanya mereka yang tindakannya menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan negara, atau yang melakukan jenayah keji, akan kehilangan kewarganegaraan mereka, walau bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan IRR menunjukkan sebaliknya.

“Pengelasan kerakyatan ini dibawa masuk untuk menyasarkan Muslim British dari keturunan Asia Selatan dan Timur Tengah. Pengelasan sedemikian bertindak sebagai peringatan berterusan kepada warga etnik minoriti bahawa mereka mesti memantau langkah mereka, dan mengukuhkan mesej perkauman tentang kumpulan perkauman yang ‘tidak layak’ menjadi British,” kata Frances Webber lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: