Tempatan

Tahniah PM Tegur Agensi & GLC Guna Bahasa Melayu – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 – Naib Pengerusi PEMBELA Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari dalam hantaran Facebooknya telah memuatnaik tajuk “SUDAH TIBA MASA BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN DAN DIGUNAKAN SECARA MELUAS TANPA RASA MALU DAN JATUH KELAS DIRI ATAU ORGANISASI”.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CIJ (Cikgu Izzat johari) seterusnya mengucapkan, “Alhamdulillah.”

Dalam hantaran yang sama beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah buat Perdana Menteri Malaysia.

“Terima kasih dan tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Ismail Sabri Yaakob kerana dengan serius menegur semua agensi dan GLC yang tidak gunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.”

“Kononnya, acah-acah antarabangsa tetapi secara tidak langsung, antarabangsa memandang serong kepada Malaysia kerana Malaysia sendiri tidak memartabatkan bahasa sendiri,” ujar CIJ dalam nada yang sinis.

Mengakhiri hantaran, beliau telah menulis ‘SEMUA UCAPAN DALAM BAHASA MELAYU’ dan ‘SEMUA BENTUK IKLAN DALAM BAHASA MELAYU’ disertai dengan tanda pagar #MartabatBahasaMelayu dan #KitaJagaKedaulatanMalaysia.

Ahad lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat teguran terhadap agensi kerajaan, swasta, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

“Sudah menjadi lumrah Bahasa Melayu kini tidak digunakan sama ada dalam persidangan, mesyuarat, nama syarikat, nama projek mahupun jenama produk mereka,” kata beliau dalam ucapannya.

Namun pada masa yang sama, beliau berharap selepas ini pihak-pihak yang disebutkan dapat menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam segala urusan termasuk masyuarat dan persidangan.

Leave a Reply

Back to top button