Antarabangsa

NEOM Megacity Trilion Ringgit Saudi Arabia Bakal Tawar Minuman Keras

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINDALAH, 21 September 2022 – NEOM, sebuah projek mega pembangunan bandar padang pasir di Arab Saudi yang menelan perbelanjaan trilion ringgit bakal menawarkan minuman keras, lapor sebuah agensi akhbar Amerika.

Walaupun pemilikan atau penjualan minuman keras buat masa ini adalah diharamkan di Saudi, pelan perancangan projek NEOM mendedahkan bahawa minuman itu akan ditawarkan di sebuah pusat peranginan baharu yang dijangka buka pada tahun hadapan.

Pusat peranginan berkenaan terletak di pulau Sindalah berhampiran dengan bandar peranginan Sharm El Sheikh di Mesir yang turut menghidangkan alkohol.

Ia merupakan sebahagian daripada projek NEOM yang diusahakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) untuk mempelbagaikan ekonomi negara itu dengan menarik pelancong asing serta menggalakkan ahli perniagaan untuk menetap dan bekerja di sana.

Selain bar minuman keras, pusat peranginan tersebut turut menyediakan marina, padang golf serta kedai runcit menjual minuman keras. Pelan perancangan itu juga mengatakan bahawa Sindalah akan menjadi destinasi baharu kapal layar dan menarik beberapa orang berpengaruh di dunia.

Beberapa tahun kebelakangan ini, MBS telah melonggarkan undang-undang moral Saudi yang ketat dengan membenarkan pergaulan bebas antara kedua-dua jantina, membuka semula pawagam serta membenarkan wanita memandu. Ia dilihat sebagai usaha untuk membuka ekonomi negara tersebut kepada wang antarabangsa serta pelancong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker