Antarabangsa

Dermaga Pelabuhan Singapura Runtuh, Pekerja Mati

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 26 Ogos 2022 – Seorang pekerja yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut susulan kejadian runtuhan sebahagian dermaga konkrit di Keppel Shipyard, Tuas, telah ditemui mati pada pagi Rabu semalam.

Kejadian itu berlaku pada Isnin lalu apabila sebuah dermaga runtuh bersebelahan dengan FPSO Property yang baru dibina untuk SBM Offshore.

Lapor portal berita Singapura Rabu lalu, runtuhan itu mengakibatkan seorang pekerja warga Bangladesh berusia 38 tahun yang bekerja untuk syarikat Kumarann Marine jatuh ke dalam laut dan hilang.

Manakala, dua warga Bangladesh, seorang warga China dan seorang rakyat tempatan mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura bagaimanapun telah mengarahkan untuk menghentikan kerja-kerja di jeti itu dan punca kejadian itu sedang dalam siasatan.

Kejadian runtuhan jeti di Keppel Shipyard itu mencatatkan kemalangan maut yang kedua di mana pada Mac lalu dua pekerja turut maut selepas struktur di bahagian atas kapal runtuh dan menjatuhkan mereka ke bawah jeti.

Keppel Shipyard merakamkan ucapan takziah kepada pihak keluarga yang terkorban dan akan memberi kerjasama sepenuhnya serta siasatan yang berterusan ke atas keadaan mangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: