PRU-15

TERKINI: Selangor Setuju Beri Cuti 18 November

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 09 November 2022 – Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memberi cuti umum pada 18 November (Jumaat) depan, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam satu sidang media sebentar tadi, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shaari berkata, kelulusan ini diberikan untuk menggalakkan rakyat mengundi.

Di samping itu, cuti umum sehari sebelum PRU-15 ini juga diluluskan bagi memberi peluang kepada warga negeri lain yang bekerja di Selangor untuk turut pulang mengundi.

Malaysia bakal memilih barisan pimpinan Kerajaan pilihan pada 19 November 2022 depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: