Antarabangsa

“Saya Risau Kita Menuju ke Arah Perang Nuklear” – Profesor Jeffrey Sachs

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 06 Oktober 2022 – Profesor Jeffrey Sachs, seorang pakar ekonomi dan dasar awam di Columbia University telah meluahkan kegusaran beliau bahawa ketegangan politik semasa berkemungkinan akan membawa kepada perang nuklear.

Dalam sebuah wawancara beliau menjelaskan bagaimana peluasan kuasa oleh NATO telah menimbulkan ‘rasa tidak senang’ dalam kalangan masyarakat dunia.

“Saya sangat risau yang kita sedang di atas jalan pertelingkahan yang boleh membawa kepada perang nuklear – tidak kurang dari itu,” jelasnya.

Jelas beliau, peperangan Ukraine-Rusia ini adalah merupakan sebuah peperangan yang sangat penting bagi keselamatan Rusia, dan campur tangan oleh Amerika Syarikat (AS) hanya dilihat sebagai sebuah perang proksi di pihak AS

“Tidak kira bagaimana anda melihatnya – ini adalah sebuah jalan luar biasa menuju ke arah kemuncak pertempuran, dan saya amat takut.”

“Seluruh dunia sedang memerhati dengan rasa takut, dan kebanyakannya tak suka akan pembesaran kuasa NATO yang difahami sebagai ‘pusat’ kepada semua ini,” tambah beliau.

Beliau turut menjelaskan bagaimana hanya negara-negara barat yang ‘menyibukkan diri’ dengan mengenakan sekatan ke atas Rusia, manakala majoriti penduduk dunia mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri hal tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: