PRU-15

Belum Terlewat Untuk BN, PN Dan GTA Bergabung Bagi Menyekat PH Dari Kembali Berkuasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. PRU-15 adalah kritikal dalam menentukan masa depan negara khususnya bagi kaum Pribumi yang merupakan 70% penduduk negara.
Teramat malang sekali, disebabkan kepentingan peribadi dan jangka pendek, kepimpinan politik Pribumi berpecah dan kuasa politik bakal jatuh ke tangan orang lain.

2. Berdepan PRU-15 pada 19 November 2022 ini, empat gabungan parti politik akan bertembung untuk merebut 222 kerusi Parlimen, iaitu BN, PN, GTA dan PH. Gabungan yang berjaya mendapat jumlah majoriti akan menubuh Kerajaan. Apa yang paling membimbangkan ialah dalam semua kawasan majoriti Melayu BN, PN dan GTA akan bertembung sesama sendiri. Dalam senario ini, besar kemungkinan PH dengan sokongan padu undi bukan Melayu mendapat kelebihan undi dan berpihak kepada calon parti itu.

3. Jika PH menang PRU-15, Kerajaan akan datang akan ditunggang oleh DAP. Tidakkah kaum Pribumi ingat bagaimana negara di bawah kerajaan DAP? Pengalaman 22 bulan negara di bawah DAP amat menakutkan. Perlembagaan cuba dirobek, Bahasa Melayu tidak dihormati, Islam diperlekeh, 20 ribu penjawat awam diberhentikan, LTH dan JAKIM cuba di kawal, malah silibus pelajaran agama Islam cuba dipinda, penjenayah Komunis Chin Peng dan parti Komunis dimuliakan. Jika mereka lama berkuasa mungkin Malaysia ditukar menjadi republik saperti Singapura. DAP dan PAP menjalin hubungan yang sangat erat.

4. Bayangkan jika pengalaman perit 22 bulan itu berulang, hak keistimewaan kaum Pribumi akan terancam. Keadaan negara yang tidak stabil akan berterusan yang bukan sahaja menjejas ekonomi rakyat dan negara, malah menjejas keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Keresahan rakyat Pribumi dan keretakan perpaduan boleh menjadi ancaman besar yang boleh menjurus kepada ketegangan dan permusuhan kaum seperti rusuhan yang berlaku selepas PRU 1969.

5. Untuk PRU-15, rata- rata pemerhati berpandangan agak sukar mana-nana gabungan politik yang ditunjang parti Pribumi baik BN, PN atau GTA untuk menang dan mampu menubuh Kerajaan selepas PRU-15. Mahu tidak mahu baik BN, PN atau GTA akan memerlukan satu sama lain untuk bersepakat bagi membentuk Kerajaan yang kuat sekali gus dapat menyekat PH dari kembali berkuasa. Justeru, daripada melaksanakan pergabungan selepas pilihan raya, bukankah lebih mantap dan afdal jika pergabungan itu direalisasikan sebelum pilihan raya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada tiga gabungan politik Pribumi dalam PRU-15 pada 19 Nov 22. Permuafakatan politik BN, PN dan GTA adalah jauh lebih baik dan lebih mantap dibuat sebelum PRU-15 daripada diusahakan selepasnya.
(i) Mengelak kekeliruan rakyat untuk membuat pilihan di peti undi tentang gabungan politik mana yang terbaik pada 19 Nov 22 nanti. Akibatnya kaum Pribumi berpecah undi lalu memberi peluang untuk PH menubuh Kerajaan

(ii) Apabila majoriti kerusi sudah berpihak kepada PH, usaha untuk bergabung menjadi sukar akibat kemarahan dan kebencian yang timbul sepanjang tempoh masa berkempen menjelang PRU-15. Selepas PRU selesai, ruang untuk penggabungan tertutup.

6. Langkah untuk pergabungan sebelum PRU-15 belum terlewat. Justeru, QIAM merayu agar kepimpinan tiga gabungan politik Pribumi-BN, PN dan GTA, dapat duduk semeja, sebelum Hari Penamaan Calon (5 Nov 2022) berjiwa besar, ketepikan ego politik, utamakan matlamat akhir untuk menubuh kerajaan Gagasan Pribumi yang teguh selepas PRU-15. Sekali gus ia menyekat PH/DAP dari kembali berkuasa.

7. QIAM dengan rendah hati menyeru dan merayu agar pemimpin ketiga-tiga kelompok ini supaya ketepikan apa jua pergeseran demi menyelamatkan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini. Sudah-sudahlah berselisihan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jika ini menjadi realiti, negara stabil rakyat bahagia menuju ke arah negara Malaysia yang makmur dan maju.

Sekian.

Dato’ Sirajuddin Hj Salleh
Presiden

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: