China Import Lebih Banyak Minyak Rusia Ketika Negara Lain Menjauh
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
CHINA, 25 Oktober 2022 – Sebuah laporan mendedahkan bahawa pedagang negara China telah mengambil kesempatan apabila berjaya berkerjasama dengan Rusia dalam urusan pengimportan minyak dari Rusia.
Menurut data yang diperolehi, kadar import minyak dari Rusia dikatakan meningkat hampir 22 peratus, menjadikan Rusia sumber kedua tertinggi minyak China, di belakang Arab Saudi.
Sejumlah 7.46 juta tan minyak telah disalurkan dari Rusia kepada China melalui sistem saliran Timur Lautan Pasifik Siberia dan sistem saliran Timur Jauh Rusia. Jumlah tersebut hanya ketinggalan sedikit, berbanding jumlah import dari Arab Saudi yang mencatatkan 7.53 juta tan minyak.
Hal ini dikatakan berpunca dari harga minyak Rusia yang rendah, susulan boikot yang dikenakan ke atas Rusia oleh kebanyakan negara dunia berikutan perang antara Ukraine-Rusia.
Selain dari itu, Malaysia turut tampil mencatatkan peningkatan dua kali ganda eksport minyak kepada China, iaitu dengan jumlah 4.05 juta tan minyak, di mana Malaysia juga bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam operasi perdagangan minyak – dengan menyalurkan minyak dari Iran, Venezuela dan Rusia kepada negara lain.