PRU-15

Tiada Pihak Ada Majoriti, Istana Titah Ketua PN & PH Menghadap 430PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – “Memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.”

Menurut kenyataan dari Istana Negara sebentar tadi, Istana Negara hari ini telah menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi pembentukan Kerajaan baharu daripada ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang banyak susulan daripada keputusan PRU-15.

Walau bagaimanapun, hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Berikutan itu, ketua gabungan dari PH dan PN dititahkan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 4.30PM ini.

Dalam masa yang sama, Seri Paduka Baginda juga menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan Kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: