PRU-15

Rafizi Minta Penyokong Pakatan Berhenti Komen Tentang Islam, Monarki & Bahasa Kebangsaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 November 2022 – “Elakkan juga mengulas mengenai institusi Melayu, termasuk sistem raja berperlembagaan, bahasa kebangsaan, dan kedudukan agama Islam.”

Demikian kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menggesa para penyokong Pakatan Harapan (PH) agar mengelakkan bermain dengan sentimen perkauman, Raja-Raja dan kedudukan agama Islam.

Menurutnya, alangkah baik jika orang bukan Melayu tidak melancarkan serangan peribadi terhadap pemimpin Melayu, terutama mereka yang mempunyai latar belakang agama. Sensitiviti itu boleh diputar belitkan untuk menggambarkan orang bukan Islam mempersendakan agama Islam.

Beliau menegaskan perkara tersebut sebagai seorang anak Melayu dari sebuah kampung di Terengganu.

“Saya tekankan dengan sensitiviti pengundi Melayu ini.”

“Marilah kita mengekalkan keharmonian dan saling menghormati dalam negara kita yang berbilang kaum. Bersama-sama, kita boleh menamatkan unsur-unsur perkauman yang disebarkan oleh Umno, PAS, dan Bersatu.”

Calon Pakatan Harapan (PH) itu turut mendakwa bahawa orang Melayu tidak peduli dengan rasuah atau mudah dibeli. Maka, tidak dinafikan, kumpulan ini akan turut memberi kesukaran kepada pengundi Melayu mendekati PH dan sebaliknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: