PRU-15

TERKINI: PRU-15 19 November Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2022 – Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022, demikian pengumuman oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh ketika sidang media Pilihan Raya Umum ke-15, sebentar tadi.

PRU tersebut diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak.

Pada masa yang sama, pilihan raya N66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak dengan PRU-15 bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

SPR juga menetapkan tarikh-tarikh penting lain seperti tarikh penamaan calon iaitu pada hari Sabtu, 05 November 2022 dan hari mengundi awal adalah pada hari Selasa, 15 November 2022.

Selain itu, Tan Sri Abdul Ghani juga memaklumkan berkenaan urusan permohonan semua kategori pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 10 Oktober 2022 untuk PRU-15 dan bagi N66 Bugaya Sabah telah mula dibuka dari 13 Oktober 2022 lalu.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan berkenaan pengumuman Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuat kuasa 10 Oktober 2022.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(22) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, pada 10 Oktober 2022.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: