Tempatan

Pakatan Harapan Cenderung Benarkan Budaya Arak & LGBT – Muslimat PAS Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 25 September 2022 – “PH lebih cenderung kepada membenarkan budaya arak serta LGBT yang sangat menyimpang daripada budaya rakyat negara ini.”

Demikian kenyataan tegas Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu yang menjelaskan bahawa tiada kerjasama di antara Parti Islam Se Malaysia (PAS) dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Beliau berkata, PAS menolak kerjasama dengan PH kerana perjuangan dan pendekatan yang dibawa gabungan itu mengandungi elemen yang tidak sesuai dengan budaya Malaysia berdasarkan kenyataan beberapa orang pimpinan PH yang jelas menunjukkan pendirian mereka agar Malaysia menjadi negara yang mengiktiraf golongan LGBT.

“Mereka juga mempertahankan budaya arak dan judi, yang jelas dibenci oleh agama dan terbukti memberi kesan yang buruk dalam institusi kekeluargaan.”

Ia bukan sahaja bertentangan dengan agama Islam malah tidak selari dengan mana-mana agama lain yang ada di negara kita, tegas Norsah Bongsu.

Tambah beliau, jika negara menerima perjuangan yang dibawa PH, lambat atau cepat tetap akan merosakkan budaya masyarakat dan institusi kekeluargaan kerana terdapat banyak kes kepincangan keluarga, keganasan rumah tangga, pengabaian isteri dan anak-anak berpunca daripada judi, arak dan LGBT.

Justeru, PAS mengambil langkah menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH, khususnya yang melibatkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh, dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat, cukuplah dengan kegagalan selama 22 bulan PH berkuasa dan jangan lagi memberi mandat untuk memerintah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: