Tempatan

Bantuan RM500 e-dompet TnG, Taktik Scammer Terbaru

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 – Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai membongkarkan dan mengesahkan taktik penipuan terbaharu scammer yang melibatkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan Touch N Go (TNG) baru-baru ini.

Modus operandi itu dikatakan mengambil kesempatan menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan makluman mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas tanda penghargaan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Taktik penipuan ini dikongsi melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan ‘palsu’ aplikasi digital berkenaan.

WhatsApp-Image-2022-10-28-at-9.20.24-AM.jpeg?resize=347%2C355&is-pending-load=1#038;ssl=1

Dalam pada itu, taktik ini didedahkan sebagai scammer apabila seorang mangsa mendakwa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan tersebut.

Sehubungan itu, Eng Lai mengatakan pautan dalam mesej berkenaan jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TNG yang sebenar.

“Pautan bagi TNG bukannya touchngoemy.top, emy.top itu sahaja jelas menunjukkan ia bukannya link sebenar. Orang ramai dinasihatkan jangan tekan link berkenaan,” tegas beliau.

Tambahnya, TNG tidak akan menghantar sebarang mesej atau makluman kepada pengguna dan tindakan itu dilihat cenderung kepada sindiket penipuan. Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: