Tempatan

Iktiraf UEC: Dong Zong Pandai & Rakus – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – “Memang pandai dan rakusnya Dong Zong mengambil peluang kerana mereka tahu antara kesemua janji manifesto PH, inilah yang paling susah untuk ditunaikan,” kata Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Aminuddin Yahaya.

Tambah beliau, keinginan mereka supaya tuntutan tersebut ditunai segera dapat dilihat daripada tindakan mereka pada hari kedua sahaja Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, Dong Zong terus menyuarakan tuntutan berani itu.

Selain itu, tindakan tersebut juga jelas menunjukkan Dong Zong sudah berani menuntut janjinya kerana momentum penerimaan rakyat terhadap pembentukan Kerajaan baharu ketika ini adalah bersangka baik iaitu “kita berilah peluang dulu”.

“Dong Zong mungkin sangka yang rakyat tidak akan bangkit menentang agenda UEC dan peruntukan sekolah persendirian mereka ini.”

Justeru, Aminuddin Yahaya mengingatkan orang ramai bahawa janji dan agenda mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) kali ini adalah jauh lebih serius kerana menurut beliau, kerajaan campuran ‘PH plus’ zaman Anwar Ibrahim ini adalah jauh lebih ‘totok’ menyokong UEC berbanding kepimpinan sebelum ini ditambah pendokong tegar UEC dalam PH, iaitu DAP mempunyai kerusi Parlimen terbanyak.

Beliau seterusnya menyeru orang ramai supaya arus penolakan UEC pada kali ini mestilah lebih besar dan lebih keras.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, Leong Seng Yee memaklumkan Persatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia (Dong Zong) akan bertemu dengan Menteri Pendidikan baharu untuk memberi cadangan supaya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama atau Unified Examination Certificate (UEC) Sekolah Menengah Cina bebas.

Leong Seng Yee berkata, pengiktirafan sijil UEC ke universiti awam turut membolehkan mereka yang layak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam.

“Logiknya, jika pelajar sudah mendapat tempat dalam universiti awam, secara automatiknya mereka akan layak mendapat tempat dalam sektor perkhidmatan awam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: