PRU-15

Kerajaan Gabungan? Zahid Dan Anwar Jumpa Pagi Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Sumber dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa pemimpin parti itu akan mengadakan perjumpaan di Hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi ini.

Menurut sumber dari BN, tujuan perjumpaan itu diadakan tidak diberitahu, manakala satu lagi sumber dari PH berkata bahawa ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

“Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya,” kata sumber dari PH menurut laporan sebuah portal tempatan.

Pertemuan ini walau bagaimanapun dibidas oleh Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan tindakan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO itu berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan campuran, sebagai tidak sah, sekiranya benar sedang berlaku.

“Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan MKT UMNO dan Majlis Tertinggi BN. Oleh itu, sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden parti tanpa proses ini adalah dikira tidak sah dari segi perlembagaan parti,” tegasnya.

Keputusan rasmi menunjukkan PH menjadi parti yang memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada PRU ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.

Semalam, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan persetujuan untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: