Setelah Bekerjasama Di Perak & Pahang, DAP-PH Terbuka Jalin Kerjasama UMNO-BN Menjelang PRN
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 01 Disember 2022 – Selepas Perak dan Pahang, gabungan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan pula terbuka untuk bekerjasama dengan gabungan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang mengatakan pihaknya bersedia untuk membentuk kerjasama politik dengan BN bagi menghadapi PRN di negeri itu.
Kata beliau, keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama itu diambil melalui semangat kerjasama antara PH dan BN dalam membentuk Kerajaan perpaduan di Putrajaya sehinggakan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Bagaimanapun, katanya keputusan berhubung kerjasama itu hanya akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi PH dan beliau akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan oleh parti.
Sebelum ini, BN dan PH telah berpakat untuk membentuk sebuah Kerajaan negeri di Perak.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Pahang turut terbentuk menerusi Pakatan antara BN dan PH.