Kami Memang Sangat Tak Galakkan Pilihan Raya, Kenapa Nak Ambil Risiko? – METMalaysia
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Oktober 2022 – “Kita di pihak pengurusan bencana tidak galakkan (menjalankan PRU-15). Kenapa nak ambil risiko, dalam situasi kita nak menghadapi Monsun Timur Laut, kita tahu akan berlaku banjir di banyak tempat,” tegas Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip dalam webinar hari ini berjudul “Cabaran Perubahan Iklim: Bersediakah Kita?”
“Kalau dilihat, di Johor, Melaka dan Perak pun sudah banjir, jadi dari segi kesesuaian cuaca, memang tidak sesuai untuk adakan pilihan raya,” kata beliau lagi.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini.
Berikutan keputusan itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Dato’ Sri Ismail Sabri dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini di Istana Negara, rutin mingguannya bagi membincangkan perihal berkaitan Kabinet.
Menyentuh mengenai perkara ini, beliau menyatakan bahawa agenda pembubaran Parlimen Parlimen mungkin akan dibincangkan hari ini jika sempat.