PRU-15: Perkasa Generasi FELDA Jadi Keutamaan PN
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 16 November 2022 – Memperkasakan generasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menjadi keutamaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya kembali menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bukan itu sahaja, gabungan itu turut menjanjikan untuk meneruskan pembangunan penempatan FELDA seperti yang pernah dilakukan Kerajaan tersebut sewaktu di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seiring dengan tema ‘Prihatin, Bersih, Stabil’, PN membawa tekad untuk memperkasa generasi muda dalam kawasan FELDA dengan mewujudkan peluang ekonomi baharu, keusahawanan serta menambaik baik infrastruktur asas termasuk liputan internet dan rumah mampu milik bagi menjamin masa depan mereka yang lebih baik.
Malah, projek perumahan generasi baharu FELDA yang terbengkalai turut akan dibaik pulih.
Selain itu, Program Pembangunan Peneroka turut akan diperkasa bagi meningkatkan pendapatan komuniti ini.
Bagi menggalakkan pembabitan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi menerusi penggunaan teknologi terkini dan automasi, PN juga bakal memperkenalkan skim keusahawanan FELDA.
Terdahulu, Kerajaan PN telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam pembangunan FELDA anataranya melupuskan sebahagian pinjaman peneroka secara bersayarat dan menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion bertujuan untuk pelan pemulihan FELDA.