Tempatan

Menang 2/3 Melaka, Masa Untuk Pinda Undang-Undang Tubuh Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 28 November 2021 – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Melaka memberi isyarat kerajaan Melaka adalah sebuah kerajaan yang stabil dan boleh meminda Undang-Undang Tubuh Negeri.

Ujar Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, “Sebelum ini saya pernah mengusulkan kerajaan-kerajaan negeri agar meminda Undang-Undang Tubuh masing-masing dengan memasukkan klausa tentang penubuhan Mahkamah Syariah.”

“Halangan sebelum ini adalah kerajaan tidak mempunyai keupayaan meminda Undang-Undang Tubuh mereka kerana tidak memiliki majoriti dua pertiga sebagaimana syarat dalam undang-undang,” kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia itu.

Tambah Datuk Zainul Rijal, memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Negeri akan memberi kesan kepada taraf Mahkamah Syariah itu sendiri.

Ini kerana tidak akan ada lagi yang memperkecilkan Mahkamah Syariah kerana penubuhannya hanya terdapat dalam enakmen negeri, sedangkan penubuhan Mahkamah Sivil dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sejak 2018 iaitu setelah penghakiman dalam kes Indira Ghandi, ramai menyuarakan kepentingan meminda Undang-Undang Tubuh, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi kerana tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak berwajib termasuklah kerajaan yang dikuasai orang Melayu/Islam,” kata beliau dengan kesal.

Oleh itu, susulan kemenangan majoriti, Melaka mesti memulakan usaha itu bagi menunjukkan kerajaan yang dipilih rakyat benar-benar merasai denyut nadi rakyat, khususnya orang Islam.

“Jika kerajaan Melaka tidak meminda Undang-Undang Tubuh mereka, ia akan menzahirkan kurang cakna kerajaan Melaka dalam isu perundangan Islam walaupun kerajaan mereka adalah sebuah kerajaan yang kuat,” kata Datuk Zainul Rijal lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: