Tempatan

Ladang Babi Gergasi Kampung Melayu: Tauke Kebal Undang-Undang Cemar Sungai Sejak 1980-an

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAMPUNG SELAMAT, 03 Februari 2022 – 135,000 babi dengan najis disalirkan di kawasan sungai berdekatan penempatan majoriti penduduk Melayu, menjadi barah yang membangkitkan kemarahan penduduk sejak 1980-an.

“Apakah begitu besar pengaruh taukeh-taukeh babi ini sehingga menyukarkan pihak berkuasa bertindak terhadap para pengusaha ladang babi yang tidak mempunyai sistem penyaliran yang baik dan beroperasi secara haram?” Pengerusi Badan Bertindak Bantah Pencemaran Sungai Kreh, Abdul Razib Bin Abdul Rahim, merakamkan pernyataan kesal penduduk-penduduk yang terkesan dengan limpahan najis babi yang dibuang ke dalam sungai berdekatan penempatan mereka.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Beliau turut mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menangani segera isu ini yang telah sekian lama mengganggu aktiviti harian penduduk sekitar.

“Di sebalik jaminan kerajaan negeri untuk segera atasi kemelut ini malangnya sehingga kini mengapakah tinja kumbahan najis babi masih dilepaskan ke Sg.Kreh?”

Abdul Razib menegaskan, pihaknya masih berpendirian mendesak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan kerajaan negeri untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan pihaknya sebelum ini berhubung kemelut membabitkan penternakan haiwan berkenaan.

“Persoalannya , apakah kerajaan negeri dan MBSP sudah mengenakan tindakan yang tegas terhadap pengusaha-pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016?”

“Bagaimana pula dengan tindakan ke atas sebahagian besar pengusaha ladang babi yang tidak mempunyai lesen yang sah? Semua ini menjadi tanda tanya rakyat menuntut jawapan tuntas daripada kerajaan negeri.”

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Badan Bertindak Bantah Pencemaran Sungai Kreh akan terus mendesak dan menjadi lidah rasmi kepada masyarakat setempat yang terpaksa menghadapi kemelut aktiviti hub penternakan babi sejak dari zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

Abdul Razib juga menyatakan, pihaknya menyambut baik kenyataan terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang menolak sebarang aktiviti hub penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Terdahulu, berita melaporkan pencemaran Sungai Kereh dipercayai berpunca daripada pelepasan najis babi dari ladang ternakan di Kampung Selamat, terletak kira-kira lima kilometer dari sungai.

Lebih teruk, kawasan itu juga sering dilanda banjir menyebabkan kesan besar kepada Kampung Pokok Machang, Kampung Lubuk Meriam, Kampung Tonsun, Kampung Lahar Yooi, Kampung Sungai Korok dan Kampung Seberang Tok Dol, Tasek Gelugor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: