Tempatan

Kes Rider Ditahan Selepas Pertahan Kalimah Allah Selesai

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 – Mahkamah hari ini menetapkan kes penghantar-penghantar makanan Food Panda yang disiasat atas tuduhan merusuh selepas provokasi melampau dari seorang pelanggan telah selesai dan dilepaskan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam Facebooknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah kes rider foodpanda tadi, Mahkamah Majistret PJ perintahkan DNAA (dilepaskan tanpa bebas) kepada semua OKT.”

Berita yang sama juga dimaklumkan oleh Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya.

“Alhamdulillah, mahkamah hari ini menetapkan bahawa mereka yang tertuduh dalam kes Rider FoodPanda 1.0 (dianiaya dituduh merusuh selepas membantu rakannya yang dikasari) telah selesai dan dilepaskan.”

Dalam hantaran itu, Hj Aminuddin juga mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam, NGO dan individu-individu yang menghulurkan bantuan sejak kes bermula dari awal hingga akhir.

“Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pasukan peguam diketuai oleh Datuk Zainul Rijal (Timbalan Pengerusi PEMBELA) dan Tuan Hisham Marzuki (Timb. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia) yang bertungkus-lumus berjuang dalam kes ini secara percuma.”

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan NGO dalam rangkaian PEMBELA yang memberikan sokongan moral padu kepada tertuduh dan para peguam yang akhirnya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sama-sama bersuara.”

“Terima kasih individu-individu yang berhati mulia yang telah menghulurkan segala bentuk bantuan yang sangat berharga buat adik-adik Rider ini, sehingga ke akhir kes,” kata Hj Aminuddin.

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, terutamanya IPD Petaling Jaya atas layanan, kerjasama dan komunikasi yang baik dengan pihak mereka sepanjang kes ini berlangsung.

11 Jun 2021 yang lalu, tular beberapa video yang menunjukkan pesanan seorang pelanggan yang mempersenda Kalimah Allah dengan menamakan sebahagian namanya sebagai Anak Allah.

Insiden ini telah mencetuskan kemarahan melampau pelbagai pihak.

Sebagai respons, sekumpulan pemuda penghantar makanan hadir di tempat kejadian untuk menyatakan bantahan serta teguran kepada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh dan berlaku pergelutan semasa proses mahu menghantar lelaki yang mencetuskan provokasi tersebut ke balai polis untuk tindakan mengakibatkan lima orang penghantar makanan berkenaan ditahan dan disiasat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: