PRU-15

DAP Akan Sokong Kerjasama Pakatan Dengan BN – Lim Guan Eng

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 21 November 2022 – DAP akan memberi sokongan sekiranya Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), ujar pengerusi parti itu, Lim Guan Eng.

Lapor berita tempatan, katanya, pendirian tersebut dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) selari dengan keputusan kepimpinan tertinggi PH.

“Ia adalah keputusan kita ambil bersama, bukan sahaja dalam mesyuarat CEC. Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH. Kita akan sokong keputusan mereka buat.”

Tambahnya, “Kami berdiri bersama PH. Kita akan ikut keputusan PH jika mereka memutuskan untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai gabungan PH dan BN untuk membentuk kerajaan negeri di Perak, Guan Eng berkata akan menunggu berlangsungnya majlis angkat sumpah terlebih dahulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: