Tempatan

Perlis Laksana Perbicaraan Kes Cerai Secara Tertutup Bermula 1 Julai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 19 Jun 2023 – Mahkamah Syariah Negeri Perlis akan melaksanakan perbicaraan bagi kes penceraian secara tertutup bermula 1 Julai ini, lapor sebuah berita tempatan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan itu dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Jaidi Ahmad setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh baginda sendiri selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

BACA JUGA: Jenayah Seksual Pedophilia, Kes Babitkan Kanak-kanak Lelaki Semakin Meningkat-PDRM

BACA JUGA: Perikatan Nasional Komited Tolak Bak Kut Teh Sebagai Hidangan Tradisi Malaysia

BACA JUGA: Lori Treler Terus Besar Kepala, Tunggu Mati Orang Jerantut Baru Ambil Tindakan? – Cikgu Izzat Johari

Titahnya, keputusan tersebut dibuat bertujuan untuk menjaga aib antara pihak yang terbabit khususnya melibatkan kes yang mendedahkan keaiban peribadi.

Dalam masa yang sama baginda juga bertitah bahawa ia turut dibuat bagi mengelakkan unsur ‘ghibah’ dan perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

Titah baginda ini adalah sewaktu menghadiri Program Forum Safar Ilmu MAIPs bersempena cerapan Rukyah Hilal Awal Zulhijjah 1444 Hijrah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Al Hussain, semalam.

Dalam pada itu, Mufti Perlis Datuk Arif Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, Islam sendiri meletakkan kewajiban untuk menutup aib peribadi yang tidak perlu diketahui mahupun diulas oleh orang luar.

“Kita tidak mahu Mahkamah Syariah yang bertujuan menegakkan Syariah menjadi punca pelanggaran Syariah dan dosa dalam masyarakat,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: