Tempatan

Perikatan Nasional Komited Tolak Bak Kut Teh Sebagai Hidangan Tradisi Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan rancangan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menolak bak kut teh sebagai hidangan tradisi Malaysia lapor sebuah portal bahasa Inggeris tempatan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah Sabtu lalu di mana jawatankuasa tersebut bertujuan untuk membuat persediaan untuk sebarang tindakan susulan sekiranya Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bertindak untuk menjadikan bak kut teh sebagai hidangan warisan Malaysia.

BACA JUGA: Lori Treler Terus Besar Kepala, Tunggu Mati Orang Jerantut Baru Ambil Tindakan? – Cikgu Izzat Johari

BACA JUGA: Wajibkan Ujian Saringan Kesihatan Mental Murid Sekolah Dua Kali Setahun

BACA JUGA: Negara Arab ‘Haram’ Tayangan Filem Baru Spiderman, Dipercayai Promosi Transgender

Beliau yang turut memegang portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya dalam Kabinet bayangan PN turut menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan suara mereka dalam memastikan bak kut teh tidak akan diiktiraf sebagai hidangan warisan negara ini.

“Saya akan menyeru jawatankuasa ini untuk menentang sekeras-kerasnya kemasukan bak kut teh sebagai hidangan warisan. Saya juga menyeru anda semua untuk menyokong tindakan kami dan memastikan hidangan itu tidak tersenarai sebagai hidangan warisan di Malaysia,” tegas beliau.

Terdahulu, Mohd Suhaimi mempersoalkan dalam Sidang Dewan Rakyat tentang sejak bilakah bak kut teh menjadi makanan tradisi di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: