Tempatan

Mahkamah Tetapkan 30 Oktober Rayuan Status Jenazah Bekas Guru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 MAC 2023 – Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh 30 Oktober ini untuk sesi pendengaran rayuan yang dibuat oleh seorang balu beserta dua orang anak perempuannya dalam menentukan status agama mantan seorang guru sekolah menengah yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Menurut peguam bagi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Arham Rahimy Hariri, tarikh tersebut telah ditetapkan sewaktu sesi pengurusan kes yang telah dijalankan oleh timbalan pendaftar, Norkamilah Aziz pada hari ini.

Menurut Arham, kesemua pihak telah diarahkan untuk memfailkan hujahan bertulis mereka selewat-lewatnya pada 15 Oktober ini manakala pengurusan kes terakhir akan diadakan pada hari berikutnya.

BACA JUGA: Jom Ziarah Gereja: Menteri Belia Dipanggil Polis Bantu Siasatan

BACA JUGA: DUN Johor Guna Istilah ‘Pengimbang’ Ganti ‘Pembangkang’

BACA JUGA: Tun M Mohon Tandatangan Proklamasi Orang Melayu Jika Sayang Bangsa

Pada 10 November 2022, Hakim Shahnaz Sulaiman telah memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguruskan prosiding yang di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menentukan sama ada B Raguram meninggal dunia sebagai seorang Muslim ataupun tidak.

Shahnaz turut menyatakan bahawa penentuan bagi hal tersebut adalah secara ekslusif terletak pada domain Mahkamah Syariah Negeri.

Beliau turut memaklumkan mengenai pengisytiharan statutori yang telah dibuat oleh Raguram pada 2 Mac 2015 yang menunjukkan bahawa Raguram telah memeluk agama Islam.

Balu tersebut dan anak-anak perempuannya yang telah meletakkan MAIS, Mahkamah Tinggi Syariah serta kerajaan Selangor sebagai responden menuntut deklarasi bahawa Raguram menganut agama Hindu sewaktu beliau meninggal dunia dan menurut mereka Mahkamah Syariah tidak berhak untuk menentukan status agama beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: