Tempatan

Satu Per Satu Jenayah Syariah Akan Jatuh – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – Peguam, Lukman Sheriff memberi amaran satu per satu jenayah syariah akan jatuh jika dilihat dari beberapa siri peristiwa yang dilihat menggugat seperti isu Basic Structure Doctrine (BSD) dan isu Iki Putra.

Selain itu, beliau turut meluahkan kebimbangan berkenaan satu seminar peguam dengan memuat naik imej di Facebooknya, di mana beliau mendakwa ianya antara usaha yang juga boleh menyebabkan jenayah syariah dan semua enakmen akan jatuh.

BACA JUGA: BSD Nafikan Hak Demokrasi Rakyat & Merbahaya – Lukman Sheriff
BACA JUGA: Kes Iki Putra : Kita Leka Sejak Kes Indira Gandhi 2018 – Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz.
BACA JUGA: Semakan Kehakiman Kes Luar Tabii Ditarik Balik

“Cuba tengok apa rancangan mereka. Training peguam untuk buat strategic litigation. Sebab usaha “strategik litigation” inilah, satu per satu jatuh.”

Lukman Sheriff juga berkata, dengan usaha-usaha tersebut, maka semua kesalahan syariah bakal dianggap “jenayah” yang hanya Persekutuan yang ada bidang kuasa menggubal, namun, negeri-negeri pula akan hilang hak terhadap bidang kuasa jenayah tersebut.

“Ini satu kemungkinan yang boleh menjadi realiti.”

“Apa yang mereka lakukan adalah hak mereka. Mereka adakan latihan untuk mencabar semua ini di mahkamah. Ini “legitimate right” mereka.”

Tetapi, persoalannya apakah pihak kita patut dan boleh lakukan. Soal beliau.

Lukman Sheriff juga menzahir rasa bimbang kerana masih ramai yang belum sedar berkenaan kesan BSD dan cabaran kes-kes seperti ini ke atas bidang kuasa dan jenayah syariah.

Justeru, beliau memberi amaran dengan menggambarkan bahawa enakmen jenayah syariah ini seperti dinding yang bakal roboh sekiranya tiada usaha menyusun strategi dan gerak langkah untuk mempertahankannya.

“Dinding ini bakal roboh saudaraku kalau kita alpa dan tidak berusaha menyusun strategi dan gerak langkah. Kita sudah perlu susun gerakan kita.”

Lukman Sheriff sebelum ini juga lantang menjelaskan bahawa, akibat daripada Basic Structure Doctrine (BSD) ini, Mahkamah Syariah akan selama-lamanya menjadi satu tribunal rendah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: