Tempatan

Implikasi Terhadap Moral Rakyat Boleh Tergugat Dengan Tindakan SUHAKAM – Roslizam Rahim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2021 – “LGBT adalah amalan yang secara nyata dan jelas bertentangan dengan prinsip hukum syarak dan sudah pasti moral rakyat tidak akan tergugat selagi prinsip dan ajaran Islam itu dianuti dan diamalkan sepenuhnya.”

“Jujurnya, implikasi tidak baik terhadap moral rakyat boleh tergugat dengan tindakan SUHAKAM tersebut. Bagaimanapun, saya tidak berada di kedudukan untuk menghukum siapa yang benar atau tidak,” ujar Naib Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Roslizam Rahim kepada wartawan Samudera.my.

Menyentuh mengenai undang-undang murtad yang dikatakan mendiskriminasi seperti dalam laporan SUHAKAM, Roslizam menyatakan,

“Diskriminasi positif adalah dibolehkan bagi menjaga kedudukan dan ketinggian Islam seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.”

Asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan adalah berteraskan sejarah Kesultanan Melayu yang telah lama meletakkan Islam sebagai agama negara dan diskriminasi positif ini adalah perlu bagi memastikan kerangka perlembagaan ini terus berdiri utuh sejak dirangka oleh Suruhanjaya Reid hinggalah selama-lamanya.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan turut menegaskan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia itu perlu dinilai semula agar bertepatan dengan matlamat dan tujuan hakiki penubuhan SUHAKAM itu sendiri.

Dalam masa yang sama, Roslizam menyatakan bahawa tidak ada satu pun peruntukan dalam Kanun Jenayah Kelantan 2019 bertentangan dengan hukum syarak.

Justeru, “Selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan membawa kebaikan kepada umat, ia adalah prinsip yang diterima pakai dalam Islam secara khususnya di dalam Kaedah Fiqh,” tegas beliau sekaligus membidas kenyataan Dr Hazreena melalui forum awam SIS yang menyifatkan bahawa Kanun Jenayah Kelantan 2019 adalah man-made law, bukan undang-undang daripada Tuhan.

Beliau juga menyelar kenyataan dari Pegawai Undang-undang SUHAKAM Afiq M Noor yang turut mendakwa bahawa Tuhan tidak turun bersidang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) selain menggesa sesiapa sahaja untuk mengkritik Mahkamah Syariah itu sebagai satu tindakan yang tidak beradab dan tiada moral.

“Hak untuk mengkritik adalah kebebasan asasi setiap individu, cuma bagaimana cara kritikan dibuat adalah tertakluk kepada adab dan moral serta tamadun Islam yang telah lama bertapak di Malaysia sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi,” jelasnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: