Tempatan

Jenayah Seksual Pedofilia, Kes Babitkan Kanak-kanak Lelaki Semakin Meningkat – PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan peningkatan ketara jenayah seksual pedofilia khususnya melibatkan kanak-kanak lelaki.

“Baru-baru ini, jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak lelaki nampaknya semakin meningkat, dengan suspek juga kebanyakannya lelaki,” ujar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Persekutuan (D11) Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Menurutnya, jenayah ini dipercayai meningkat ekoran pertumbuhan pesat Internet dan kebolehcapaian mudah yang kini dinikmati, di mana hampir setiap kanak-kanak mempunyai telefon pintar di tangan.

Jenayah tersebut termasuk rogol, antun seksual dan peras ugut seksual.

BACA JUGA: Perikatan Nasional Komited Tolak Bak Kut Teh Sebagai Hidangan Tradisi Malaysia

BACA JUGA: Lori Treler Terus Besar Kepala, Tunggu Mati Orang Jerantut Baru Ambil Tindakan? – Cikgu Izzat Johari

BACA JUGA: Negara Arab ‘Haram’ Tayangan Filem Baru Spiderman, Dipercayai Promosi Transgender

Beliau mendedahkan, jenayah berkenaan kebiasaannya bermula apabila orang yang tidak dikenali berkomunikasi dengan kanak-kanak bawah umur secara atas talian dan sebaik sahaja mereka meraih kepercayaan mangsa, pelaku akan terus meminta gambar bogel malah ada yang terlibat dalam panggilan video.

Sementara itu, katanya, taktik lain yang digunakan suspek dalam talian adalah dengan menjadikan kanak-kanak itu berasa istimewa dan mencari minat bersama untuk menjadi topik perbincangan antara kedua mereka.

“Sebagai contoh, K-Pop. Pelaku akan menggunakan ini untuk meraih kepercayaan kanak-kanak melalui beberapa interaksi sebelum terus meminta maklumat peribadi. Ia biasanya akan bermula dengan gambar, panggilan video (di mana dia meminta mangsa membuka pakaian), yang dia akan rakam secara rahsia untuk digunakan sebagai ancaman apabila kanak-kanak itu tidak lagi mahu terlibat dalam perilaku tersebut.”

Tegas Siti Kamsiah, “Semua ini sudah menjadi kesalahan. Berkomunikasi secara seksual dalam talian dan meminta gambar dalam kedudukan tidak senonoh sudah memadai untuk pelaku didakwa.”

Mengulas lanjut, pegawai itu turut mengatakan, mangsa yang paling terdedah kebanyakannya berumur di bawah 10 tahun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan sepenuhnya untuk memahami tindakan secara matang.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: