NGO

Kerajaan Persekutuan dan Negeri Perlu Segera Perkasakan Syariat Islam – Pertubuhan Hijrah Republique Network

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pertubuhan Hijrah Republique Network menggesa kerajaan Persekutuan serta Negeri – Negeri di Malaysia supaya memperkasakan syariat Islam dengan berusaha untuk meminda mana-mana akta atau peraturan yang bercanggah dengan syariat Islam dengan kadar segera.

Ini termasuk percanggahan undang-undang sedia ada dengan hukum Allah SWT khususnya hukum-hukum seperti kesalahan seks luar tabii, minum arak, berzina dan lain-lain .

Kami berpandangan ia amat penting kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berpotensi untuk mendahului negara lain  dalam pelaksanaan hukum syariah yang sempurna.

Gesaan ini disuarakan bertujuan mengambil kira keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan semalam mengenai kes Iki Putra Mubarak melawan Kerajaan Negeri Selangor bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor itu diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan.

Penegasan hukum di bawah enakmen Syariah ini perlu kerana di Malaysia, majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Ini menunjukkan serta membuktikan tunjang dalam sesuatu perkara berakar umbi kepada agama Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam secara tidak langsung membuka ruang  bagi mana-mana pihak untuk mencabar peruntukan jenayah Syariah yang lain pada masa akan datang.

Antara lainnya, Pertubuhan Hijrah Republique Network mencadangkan agar pelaksanaan, penambahbaikan enakmen Syariah perlu dilakukan dengan kadar segera. Juga mencadangkan bukan sahaja pihak Jabatan Agama sahaja yang menjalankan siasatan tetapi memberi ruang kepada pihak berkuasa tempatan untuk bersama-sama dalam siasatan sekaligus dakwaan dapat dilakukan di Mahkamah Sivil juga.

Mohd Al Khusyairi Bin Mohd Ariff
Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network
Setiausaha Sekretariat NGO NGO I Komuniti Hijrah
[email protected]

Berkaitan Pertubuhan Hijrah Republique Network  – Sebuah Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan bagi menyantuni, membantu komuniti LGBT Hijrah, Pesakit HIV dan Masalah Sosial Dadah. Memberi bimbingan serta hak beragama kepada komuniti, memberi Pendidikan kepada masyarakat dalam menyantuni komuniti dan sekaligus menghindarkan Stigma serta Diskriminasi. Antara program yang telah pihak kami jalankan ialah Program Hijrah Till Jannah, Kembara Hijrah, Kaunseling serta Co-dependency.

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: