Tempatan

Pemimpin Melayu Perlu Berani Pertahankan Islam dan Hak Melayu – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2021 – Pemimpin Melayu perlu menjadi pemimpin yang berani mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam, bukan pemimpin yang lembik, demikian seruan Presiden PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya kepada para pemimpin sekarang.

Jelas beliau, apa yang dimaksudkan dengan keberanian itu ialah berani membuat tindakan.

“Sekarang ini orang Melayu semakin susah, makin ramai yang nak bangkrap.”

“Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan pun masih dijajah lagi, agama kita, taraf Mahkamah Syariah masih lagi jauh ke bawah.”

Jadi, pengaruh-pengaruh buruk ini semakin berleluasa, penjualan arak pun sudah tidak perlukan lesen dan berbagai lagi kerosakan yang sedang berlaku.

“Saya tak nampak penambahbaikan yang positif sangat, jawatan yang dipegang pun apa maknanya kalau tidak memihak kepada perkembangan positif orang Melayu dan orang-orang Islam.”

Tegas beliau, jadilah pemimpin yang berani untuk mempertahankan agama, jangan jadi pemimpin yang lembik.

“Mesti berani menaikkan taraf Mahkamah Syariah, berani merombak SUHAKAM yang telah gagal sepenuhnya menjadi pejuang hak asasi manusia melainkan hanya hak asasi golongan songsang, berani merombak Tabung Haji (TH) yang sudah hampir hendak tergadai, berani merombak agensi-agensi GLC yang banyak telah merosakkan kepentingan orang Melayu.”

Bukan itu sahaja, mereka juga mestilah berani membanteras rasuah, menangkap dan mendakwa sesiapa sahaja tidak kira jawatan apa sekalipun.

“Itulah, keberanian yang perlu ada pada setiap pemimpin Melayu bahkan yang diperlukan adalah keberanian yang luar biasa,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: