LocalPerundanganPolitik

Sensiviti Beragama Yang Semakin Hilang – Naib Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pelbagai cabaran berkenaan undang-undang Islam telah dimulakan di Mahkamah sejak tempoh 20 tahun yang lepas. Cabaran-cabaran ini semakin hari semakin jelas di dalam mencorakkan pemakaian undang-undang syariah di Malaysia.

Terkini, kes berkenaan cabaran ke atas bidangkuasa dewan undangan negeri di dalam menggubal berkenaan undang-undang syariah bakal di dengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Cabaran berkenaan keupayaan dewan undangan negeri di dalam menggubal undang-undang jenayah syariah adalah jelas suatu cabaran berkenaan struktur asas keupayaan undang-undang Islam untuk dipraktikkan oleh umat Islam di Malaysia khusus berkenaan kesalahan jenayah syariah.

Namun persoalan utama, setakat ini di manakah pihak-pihak yang bakal terkesan daripada cabaran-cabaran tersebut? Perjuangan di dalam memperkasa dan mempertahan undang-undang syariah di Malaysia perlu digalas oleh semua pihak daripada rakyat biasa hingga ke peringkat pemerintah.

Setakat ini, hanya 2 majlis agama negeri sahaja yang telah bertindak aktif memohon secara rasmi bagi terlibat di dalam pendengaran tersebut kelak. Sewajarnya sensiviti ini patut dirasakan oleh pihak-pihak lain yang bakal menerima kesan tersebut. Amat jelas kesan keputusan mahkamah Persekutuan di dalam membatalkan seksyen 28 Enakmen jenayah syariah selangor 1998 sebelum ini tidak diambil iktibar.

Tindakan 2 majlis agama negeri tersebut wajar diikuti dan disokong tidak tertakluk kepada tujuan pembayaran serta pengurusan zakat semata-mata.

Adalah diharapkan Sensiviti di dalam mempertahan agama islam ini dapat dirasakan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Muhamad Hisham Bin Marzuki

Naib Pengerusi & Ketua Kluster Undang-Undang
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: