NGO

PEMBELA Desak Semua Parti Melayu Kembali Ke Meja Rundingan & Bersatu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

1. PEMBELA tidak akan bersama dalam perkara melibatkan perpecahan umat dan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak.

2. PEMBELA melihat isu PRN Melaka ini sebagai satu keadaan yang tidak seharusnya berlaku jika semua pihak yang terlibat dapat menguruskan nafsu dan ego masing-masing serta meletakkan kepentingan umat dan rakyat sebagai keutamaan.

3. PEMBELA kecewa dengan keadaan politik semasa yang membawa lebih banyak perpecahan kepada umat Islam.

4. PEMBELA berpendirian teguh kepada politik penyatuan semua pihak sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam al Quran dan Sabda Rasulullah SAW di dalam hadith yang sahih. Surah Ali Imran ayat 103:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

5. PEMBELA juga tidak menyokong sebarang tindakan perebutan politik yang bakal memberikan kemudaratan kepada pihak awam semasa usaha mengurangkan kesan bencana COVID-19 ini sedang giat dilaksanakan di seluruh negara. Tragedi peningkatan kes COVID-19 selepas PRN Sabah hendaklah dielakkan dan dijadikan iktibar agar tidak berlaku lagi peningkatan kes selepas PRN Melaka.

6. PEMBELA berpendirian umat Islam harus menghantar satu isyarat tegas bahawa mereka mahukan cara berpolitik yang menguntungkan serta memberikan kesejahteraan kepada umat dan bukan perpecahan dan mudarat.

7. PEMBELA ingin mengajak semua pemegang taruh dalam urusan kuasa politik umat Islam untuk dapat berlapang dada, kembali ke meja rundingan dan berdamai bagi membentuk satu jemaah kuasa politik Islam yang kuat, kukuh dan bersatu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: