Tempatan

Cubaan Loh Siew Hong Murtadkan Anak-Anak Mualaf Melalui Mahkamah – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 – Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan apakah umat Islam negara ini masih perlu bersikap naif dan ‘rahmah’ walaupun selepas ibu tunggal, Loh Siew Hong kini cuba memurtadkan anak-anak mualafnya melalui proses mahkamah.

“Tatkala anak-anak ini cuba dimurtadkan melalui mahkamah, apakah masih ingin jadi naif dan ‘rahmah’ tak tentu pasal?”

Di samping itu, Hj Aminuddin turut meluahkan kerungsingan beliau terhadap pendirian hakim-hakim di Mahkamah Tinggi dalam menangani isu-isu berkaitan Syariah dan Islam di Malaysia.

“Melihat kepada pendirian-pendirian hakim-hakim di Mahkamah Tinggi dalam isu-isu Syariah dan Islam, lagi merunsingkan saya,” keluh beliau.

Selain itu, tindakan Loh itu turut membangkitkan pertanyaan kepada Hj Aminuddin dalam hantaran di Facebooknya, “Mana dia mereka-mereka yang mengecam kita yang mengatakan kita zalim kerana memisahkan ibu dan anak?”

Beliau juga menempelak pihak yang menganggap bahawa kerisauan anak-anak ini akan dimurtadkan oleh si ibu adalah sangkaan semata sedangkan perkara yang ditakuti itu akhirnya telah terjadi.

Justeru, langkah-langkah strategik untuk mempertahankan akidah anak-anak mualaf tersebut akan dirancang dan beliau turut memaklumkan bahawa persiapan daripada pihak pasukan peguam-peguam Muslim terutamanya daripada pihak Majlis Agama sedang dijalankan.

“Kita tidak akan berpeluk tubuh.”

Jumaat lalu, Loh Siew Hong membuat permohonan membatalkan pengislaman anak-anaknya yang ditukarkan secara sepihak oleh bekas suaminya.

Loh juga memohon perisytiharan bahawa Enakmen Negeri Perlis – yang membenarkan ibu bapa tunggal mengislamkan anak di bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa yang lain – adalah tidak sah daripada segi Perlembagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: