Tempatan

KDN Mesti Ketatkan Syarat Bahasa Melayu & Tidak Boleh Tergesa-Gesa Pinda Perlembagaan – Setiausaha Agung PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Aswanizam Bin Alias menuntut pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengetatkan syarat Bahasa Melayu dalam isu pindaan Perlembagan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan.

“PEMBELA menyokong penuh Pindaan yang memasukkan syarat kemahiran asas dalam Bahasa Melayu untuk Perkara 15 (1) bagi isteri berstatus warga asing kepada suami yang berwarganegara Malaysia dengan syarat berikut:
(a) Kemahiran asas Bahasa Melayu seperti yang disyaratkan di dalam Perlembagaan mesti secara minimanya melibatkan kemahiran bertutur, membaca dan memahami dalam Bahasa Melayu pada tahap sederhana murid Sekolah Kebangsaan Darjah 6 (Enam). Satu sistem ujian yang standard bagi memastikan syarat Kemahiran Bahasa Melayu merangkumi ketiga-tiga syarat minimum ini hendaklah digubal dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
PEMBELA juga ingin mencadangkan supaya syarat tambahan kepada Perkara 15(1) iaitu:
Pemohon hendaklah memahami kehidupan, adat resam dan kebudayaan Negara Malaysia.
(a) Pemohon mesti lulus ujian bertulis dan lisan sebelum pertimbangan untuk mendapat taraf kewarganegaraan diberikan.”

BACA JUGA: Pemborong Dapat Surat Harga Beras Naik – Sumber

BACA JUGA: Aidiladha: PDRM Laksana Op Lancar Seluruh Negara Rabu Hingga Ahad Ini

BACA JUGA: Harga Ubat Bakal Naik?

Dalam masa sama, Mohd Aswanizam dilihat turut menegur KDN yang dilihat seperti tergesa-gesa mahu melakukan pindaan dalam isu ini.

“PEMBELA juga ingin menegur Kerajaan Perpaduan kerana mahu melakukan pindaan ini secara tergesa-gesa. Semua pihak CSO difahamkan bahawa pindaan perlu digerakkan dalam tempoh 3 bulan.”

Tegasnya, wakil PEMBELA telah membangkitkan perkara ini dengan menjelaskan isu Pindaan Perlembagaan yang melibatkan isu besar mengenai Kewarganegaran tidak boleh digerakkan dengan tergesa-gesa kerana akan menyebabkan berlaku lebih banyak masalah dan ketidakadilan bukan hanya kepada Negara tetapi keluarga-keluarga yang mungkin terjejas dengan tindakan ini.

“Perlukan masa dan sesi libat urus yang lebih sempurna dan matang sebelum perkara ini dibawakan ke Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk dibentang dan dibahaskan,” ujar beliau.

Mengakhiri kenyataan, Setiausaha Agung PEMBELA itu berkata, “PEMBELA ingin merafak sembah cadang kepada Majlis Raja-Raja supaya menimbang teliti cadangan Kerajaan Perpaduan mengenai pindaan ini dalam pandangan supaya Kerajaan Perpaduan tidak tergesa-gesa dan menjalankan semua proses konsultasi dan libat urus sempurna sebelum dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.”

Khamis lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan akan dilakukan secara komprehensif bagi menghentikan amalan memberi status kerakyatan secara automatik kepada warga asing yang bermastautin di negara ini melebihi tempoh tertentu.

Cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada 12 Julai ini dan jika mendapat perkenan, akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: