NGO

Bahasa Melayu: Rafidah Aziz Kolot Dan Syok Sendiri – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya baru-baru ini melalui satu kenyataan media menempelak bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz dengan mengatakan bahawa beliau seorang yang ‘syok sendiri’ dan ‘kolot’.

Hal ini berikutan daripada isu Tan Sri Rafidah Aziz yang tidak bersetuju dengan inisiatif kerajaan ingin memperkasakan bahasa kebangsaan. Beliau telah mengkritik tindakan kerajaan berhubung penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam termasuk mengenai urusan rasmi di peringkat antarabangsa.

Menurut Hj Aminuddin, bekas Menteri Kabinet itu menyifatkan usaha tersebut sebagai sesuatu yang ‘syok sendiri’ dan ‘gila’.

“Memang tak puas hati betul nampaknya.”

“Seperti biasa, beliau sebut ‘kejayaan’ beliau semasa zaman menjadi menteri dahulu. Entah apa yang hebatnya sangat pencapaian beliau pun saya tak tahu. Saya rasa beliaulah sebenarnya yang ‘syok sendiri’,” ujar Pengerui PEMBELA itu.

Hj Aminuddin berpandangan bahawa Rafidah Aziz melihat penggunaan Bahasa Inggeris ini akan menjadi faktor utama kepada kejayaan dan kemajuan.

“Kita sudah hidup pada tahun 2022; zaman masing-masing bangga menonjolkan bahasa sendiri di peringkat antarabangsa. Saya rasa beliaulah sebenarnya yang kolot.”

Walau bagaimanapun, Hj Aminuddin berpendapat bahawa langkah Kerajaan ini tidak akan meminggirkan Bahasa Inggeris dan menyebabkan seolah-olah pelabur-pelabur asing tidak boleh berkomunikasi dengan pegawai kerajaan serta mengambil keputusan untuk ‘lari’ dan berpaling arah.

“Sepatutnya agenda pemerkasaan bahasa adalah agenda nasional yang perlu disokong penuh. Jika ada cadangan dan teguran, utarakanlah dengan konstruktif. Bukannya menggelupur tak tentu pasal.”

Menutup kenyataannya, beliau berharap agar agenda ini dapat diteruskan walaupun Dato’ Sri Ismail Sabri tidak lagi menjadi Perdana Menteri di kemudian hari. Malah, ia patut dijadikan agenda utama bagi setiap Perdana Menteri yang akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: