Tempatan

Ladang Ayam Diarah Tutup, Bawa Gangguan Lalat Kepada Penduduk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 05 Ogos 2023 – Sebuah ladang ternakan ayam diarahkan tutup serta-merta kerana mengakibatkan gangguan lalat kepada penduduk di sekitar Jeram.

Operasi pemeriksaan dilakukan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Pejabat Veterinar Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, bermula kira-kira pukul 10 pagi.

“Operasi pemeriksaan ini dijalankan berikutan aduan penduduk kampung sekitar berkenaan kacaunganggu lalat yang mengganggu keselesaan dan menjejaskan kehidupan seharian penduduk.”

BACA JUGA: PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke

BACA JUGA: PRN: Rakyat Mahu Wakil Rakyat Dipilih Mampu Selesai Masalah Banjir                                                                  

BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan

Serbuan mendapati kewujudan lalat berada pada tahap sederhana iaitu berada skala 4 daripada 10 (sederhana banyak) dan usia ayam hampir mencapai tempoh matang untuk dipasarkan.

“Selain itu, pemilik reban tidak menguruskan pelupusan bangkai dengan baik, ketidakcekapan rekod kawalan serangga perosak secara konsisten dan pengurusan najis ayam yang tidak bersesuaian,” lapor Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam Facebook.

Ladang yang mempunyai lapan reban dan anggaran 224,000 ekor ayam itu diarah tutup serta-merta dan pemilik ladang juga diminta menjalankan kawalan semburan tiga kali sehari menggunakan resigen atau iconic.

Tambahnya, pihaknya turut meminta pemilik ladang menjalankan pembersihan sewajarnya termasuk pelupusan bangkai ayam yang sistematik, pembersihan pelepasan dan pengendalian najis ayam dengan sistematik dan berkesan.

“Kadar pematuhan oleh pemilik ladang akan dipantau daripada semasa ke semasa agar tidak mendatangkan mudarat kepada persekitaran,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: