NGO

CPTPP: Taklimat Tergempar NGO Bantah, Malam Ini!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2023 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) akan mengadakan satu sesi diskusi tertutup kepada semua Ahli Gabungan PEMBELA mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurut PEMBELA, diskusi bertajuk “CPTPP Perjanjian Pangkor 2.0” itu akan diadakan atas talian pada pukul 9 malam, 17 Januari 2023 (hari ini).

BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

BACA JUGA: Keputusan Mahkamah Sivil Tiada Kuasa ‘Pertikai’ Mahkamah Syariah, SIS Bantah

BACA JUGA: Insuran Umrah Turun Mendadak Kepada RM100

Sesi diskusi ini menampilkan Azlan Awang, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dan Mahmud Hishamuddin, Pengerusi PEMBELA sebagai barisan panelis. A. Yazid Othman mantan CEO MTEM pula akan bertindak sebagai moderator.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, Malaysia komited untuk melaksanakan CPTPP malah tiada penilaian semula berhubung perjanjian tersebut.

Malah, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah pun menandatangani semua dokumen pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import di bawah perjanjian tersebut dapat diteruskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: