PEMBELA Pertimbang Saman Kerajaan Kerana Tutup Kes Allahyarham Adib
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 09 Oktober 2021 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, PEMBELA pasti akan menyaman kerajaan jika berpeluang berikutan pengumuman kerajaan menutup kes pembunuhan sadis allahyarham Adib dalam peristiwa rusuhan kuil.
PEMBELA sedang mengadakan perbincangan serius mengenai perkara ini dengan barisan peguam mereka.
“Bagi pihak PEMBELA, kami sedang memuktamadkan langkah seterusnya bersama peguam-peguam kami dalam kes ini. Jika ada peluang menyaman kerajaan, pasti kita akan lakukan,” tegas Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA.
Aminuddin berasa sebak mendengar temuramah ayah allahyarham Adib. Menurutnya, suara ayah Adib “kedengaran sayu, seperti menahan tangisan dan keletihan”.
Ayah Adib mungkin sudah “letih dengan kerenah kerajaan”, tambahnya lagi.
Pengerusi PEMBELA itu menempelak tindakan kerajaan yang seolah-olah menganggap kes ini sebagai “sudah menjadi picisan” memandangkan pengumuman penutupan kes ini adalah daripada lidah “individu yang tidak berkaitan, iaitu Menteri Perladangan” dan bukannya Menteri Dalam Negeri atau pihak Polis Diraja Malaysia.
“Saya tidak tahu apa yang kerajaan fikirkan dalam kes ini dan saya pasti rakyat Malaysia secara keseluruhannya sangat terkilan,” keluh beliau.
Beliau juga menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menggerakkan petisyen rakyat di pautan ini bagi mendapatkan keadilan bagi Allahyarham Adib dengan menandatangani serta menghebahkannya.
Petisyen Jangan Kuburkan Kes Adib