Tempatan

CPTPP: Nelayan ‘Dizalimi’, Subsidi Disekat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – “Artikel 20.16 dalam teks CPTPP: Subsidi Nelayan Boleh Disekat. Subsidi berkenaan boleh disekat jika seseorang nelayan menangkap spesis ikan yang dikategorikan sebagai spesis yang berkurangan kerana terlalu banyak ditangkap.”

Berikut merupakan kenyataan dalam infografik yang dikongsikan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Facebook.

BACA JUGA: Tol Percuma Jumaat dan Sabtu Ini

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

BACA JUGA: Teks Perlembagaan BM: Tidak Sah Tanpa Persetujuan Sabah, Sarawak – Wilfred Madius Tangau

Jelas PEMBELA, CPTPP bukan sahaja menafikan hak nelayan untuk menangkap jenis-jenis ikan tertentu malah menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

“Peraturan ini tidak adil, ia meletakkan kesalahan kekurangan spesis ikan ikan kepada nelayan kecil sedangkan punca utama kepupusan ikan adalah daripada pencemaran dan penggunaan pukat yang diharamkan oleh bot-bot tunda yang besar.”

Atas sebab ini, PEMBELA menyeru semua pihak untuk membantah CPTPP kerana ia memberi mudarat besar untuk pengeluar, usahawan, petani, penternak dan nelayan.

“Ayuh bersama-sama kami menentang pelaksanaan CPTPP, jangan biar sejarah ‘Perjanjian Pangkor 2.0’ kembali berulang!” tegas PEMBELA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: