NGO

Mana Tindakan Ke Atas LTTE? – Ustaz Masridzi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 19 April 2022 – Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi bin Sat mempersoalkan di manakah tindakan yang sepatutnya diambil ke atas elemen The Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dalam negara selepas pelbagai laporan polis dibuat dan setelah mereka melakukan tindakan-tindakan melampau yang mana kita lihat sehingga hari ini belum ada satu pun tindakan yang dikenakan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh beliau dalam Konvensyen Ulama & Da’i PEMBELA Islam anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada dua hari lalu yang berlangsung di Cyberjaya.

Beliau berpandangan bahawa perpaduan umat Islam pada ketika ini kian lemah apabila kita melihat semula situasi-situasi yang berlaku dalam kalangan umat Islam hari ini yang semakin berpecah belah dan serangan daripada pengganas seperti LTTE juga menyebabkan keadaan kita menjadi bertambah teruk lagi.

“Kalau pengganas Islam, militan Islam confirm ke dalam termasuk aku, tahun 2000 selama 60 hari.”

Justeru itu, menurut beliau, jika orang Islam yang melakukan kesalahan seperti itu, pasti pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan dengan begitu pantas sekali tetapi kalau untuk golongan di pihak sana, mereka tidak berani berbuat apa-apa tindakan begitu juga dengan gerakan komunis yang mana kita lihat mereka telah kumpul semula gerakan mereka.

Apabila serangan-serangan, gerakan-gerakan ini terus sahaja berlalu begitu sahaja sehingga kita dapat melihat hari ini, gerakan-gerakan liberal seperti COMANGO sedang mencuba untuk mengiktiraf komunis, himpunan LGBT di Dataran Merdeka dan sebagainya.

“Apa yang boleh buat?” soal beliau lagi.

Dalam konvensyen itu, Ustaz Masridzi turut menyatakan bahawa gerakan ini tidak diambil apa-apa tindakan walaupun mereka hanya berselindung di sebalik NGO. Contoh seperti Dong Zong yang sebelum ini pernah membantah mengenai penggunaan tulisan Jawi.

Beliau juga memaklumkan bahawa sebelum ini pihak kita pernah melakukan bantahan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya diharamkan pertubuhan tersebut namun sehingga sekarang ia masih juga belum diharamkan.

Naib Pengerusi PEMBELA itu berkata, hal ini memberi gambaran kepada kita bahawa undang-undang yang ada pada hari ini telah dibuktikan gagal dalam membanteras ekstremis ataupun militan mahupun pelampau pada gerakan agama lain tetapi sebaliknya untuk orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: