Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Orang Melayu tidak pernah melakukan genosid terhadap mana-mana agama dan kaum di negara ini sepertimana yang dilakukan oleh China dan India terhadap umat Islam, tegas Ketua Media PEMBELA Haji Rashidi Haris.
Baca: Soal Agama, Soal Akidah, Jangan Cuba Bakar Api – Ustaz Masridzi
Baca: Murtad: Negara Dipimpin Umat Islam, Tapi Di mana Pemimpin Islam?! – Hj Aminuddin
Baca: “Ini Ialah Kes Natrah Kedua Dalam Negara Kita” – Mohd Zai Mustafa
Beliau melontarkan penegasannya itu dalam perhimpunan “Solidariti Pertahan Akidah 3 Mualaf” yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Isnin baru-baru ini.
“Kita tahu di dalam Malaysia, tidak ada genosid pada agama dan juga pada bangsa. Tidak pernah ada dalam sejarah.”
“Di India ada genosid sedang berlaku sekarang. Di China, orang-orang Uighur sedang berlaku genosid, tapi di Malaysia tidak ada.”
“Tidak akan berlaku genosid dalam negara ini kerana orang Melayu tidak zalim sepertimana mereka.”
Penegasan Haji Rashidi Haris ini adalah sebagai jawapan balas kepada tuduhan yang dilontarkan oleh sebilangan pihak mendakwa berlaku penindasan ke atas agama dan bangsa masyarakat minoriti di negara ini.
Sebelum ini, beliau menyeru seluruh umat Islam untuk bersolidariti memberi sokongan moral kepada ketiga-tiga anak mualaf yang mempertahankan akidah mereka apabila ibu kandungnya yang beragama Hindu menuntut penjagaan anak-anaknya yang berada di bawah jagaan sebuah NGO Islam.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan bahawa pemelukan agama Islam anak-anak tersebut adalah mengikut kehendak ayah mereka yang tidak tahu di mana bekas isterinya berada.
Ibu mereka, Loh Siew Hong dikatakan tidak muncul dalam tempoh 3 tahun dan kini muncul semula bagi mendapatkan hak penjagaan.
Selama ketiadaan ibu kepada anak-anak tersebut, mereka dijaga oleh Ustazah Nazirah Nantha Kumari, pengasas sebuah yayasan Islam di Bayan Lepas.
“Penjagaan terhadap ketiga-tiga mualaf ini di bawah NGO Islam jauh lebih baik dan selamat daripada penjagaan kedua ibu bapa mereka yang berlainan agama dan berada dalam konflik persengketaan dan ketidakstabilan, baik dari sudut kewangan, tempat tinggal, pendidikan dan juga penjagaan menyediakan keperluan seharian,” ujar beliau.