NGO

Halusinasi Liar Ketua Pengarah J-KOM Dr Agus, Memalukan Kerajaan Madani – SUA PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. PEMBELA merujuk kepada pertuduhan berisi halusinasi liar dan tersasar Dr Agus Yusof, Ketua Pengarah J-KOM yang dilantik PMX untuk membawa mesej-mesej propaganda Kerajaan Madani.

2. PEMBELA merakamkan kekesalan dengan kenyataan-kenyataan melampau yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah J-KOM, Dr Agus Yusof melalui penulisan beliau yang dimuatkan dalam akaun Facebooknya hari ini.

3. Untuk rekod, PEMBELA telah terlibat dalam sesi libat urus melibatkan lebih 20 orang peguam professional untuk mendapatkan input, maklumat tepat serta mengetahui kesan dan akibat kepada beberapa tindakan mahkamah yang telah difailkan baru-baru ini.

4. PEMBELA berdiri teguh dengan pendirian bahawa kes-kes yang difailkan baru-baru ini, bakal di dalam senario terburuknya, berkemungkinan menyebabkan berlaku kes murtad dan pembatalan pengislaman secara besar-besaran.

5. PEMBELA tidak akan menarik balik sebarang kenyataan yang dibuat berkenaan perkara ini malah menuntut Dr Agus untuk memohon maaf di atas fitnah membuat tohmahan berisi spekulasi melampau yang terhasil dari halusinasi liar Dr Agus.

6. PEMBELA tidak pernah membayangkan atau menyebut mengenai kemungkinan-kemungkinan berlaku rusuhan kaum. PEMBELA tidak pernah menyebut di dalam kenyataan tersebut mengungkit mengenai peristiwa 13 Mei. Pihak yang menyebut dan melampiaskan imaginasi liar dalam bentuk penulisan balas ialah Dr Agus, Pengarah J-KOM Kerajaan Madani itu sendiri.

7. PEMBELA ingin mengingatkan Dr Agus supaya tidak bermain dengan isu sensitif. Menggunakan peristiwa 13 Mei untuk mensensasikan hujah merupakan taktik lapuk yang sudah tidak lagi relevan dengan pendekatan Kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX. Kenyataan Dr Agus amat memalukan kepimpinan kerajaan PMX.

8. PEMBELA ingin menggesa Dr Agus, untuk membaca sendiri kertas-kertas prosiding dan merujuk kepada penasihat-penasihat perundangan professional untuk menilai sendiri kesan dan akibat beberapa kes yang difailkan baru-baru ini.

9. PEMBELA juga ingin bertemu muka dengan Dr Agus dalam waktu terdekat supaya kebimbangan PEMBELA, Pengamal Perundangan Islam, NGO-NGO Islam dan masyarakat Melayu dapat dikongsi dengan Dr Agus.

Mohd Aswanizam Alias,
Setiausaha Agung
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: