Tempatan

500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 17 Januari 2023 – “Kerajaan bercadang membenarkan kemasukan 500,000 pekerja asing dari beberapa negara. Jumlah ini mungkin akan dapat menangani sedikit sebanyak masalah kekurangan buruh dalam sektor seperti perladangan, pertanian dan pembinaan,” kata Profesor Dr P Ramasamy dalam Facebooknya.

Ujarnya, walaupun kebenaran pertukaran sektor dari Kerajaan baru-baru ini adalah sesuatu yang dialu-alukan, namun, masih terdapat keperluan untuk pengambilan pekerja asing secara langsung.

BACA JUGA: Presiden Mahkamah Rayuan Yang Baharu Dari Sarawak

BACA JUGA: Tohmah Rasulullah Tidak Adil, Ayat Quran Disalahtafsir & Diputar Belit

BACA JUGA: Bantuan 300 Sekolah Daif, Belanjawan 2023 Bulan Depan

Hal ini kerana pengambilan pekerja secara langsung akan dapat menghapuskan kehadiran ejen dan perantara yang mengenakan kos yang tinggi dalam pengambilan buruh.

Dalam masa yang sama, P Ramasamy yang juga Timbalan Menteri II Pulau Pinang turut menyeru agar Kerajaan melakukan sesuatu untuk menarik minat pekerja tempatan bekerja dalam tiga sektor tradisional iaitu perladangan, pertanian dan pembinaan.

“Gaji yang rendah dan keadaan hidup yang tertekan yang membawa kepada fenomena buruh paksa mungkin tidak menarik kepada buruh tempatan.”

“Memperbaiki gaji dan keadaan hidup dalam sektor tradisional ini bukan sahaja bertujuan untuk memperbaiki kehidupan buruh asing, tetapi untuk mencetuskan minat di kalangan buruh tempatan,” kata beliau lagi.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata, kemasukan 500,000 pekerja warga asing dari 15 negara sumber ke Malaysia tahun ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: