Tempatan

Batal SJKC Bandar Kinrara: Harap Kerajaan Tidak U-Turn Seperti Arak Timah – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 November 2021 – Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya dalam laman Facebook beliau berharap Kerajaan tidak membuat pusingan U-Turn dalam isu pembatalan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bandar Kinrara sepertimana yang terjadi dalam isu arak keluaran Malaysia jenama Timah.

“Kerajaan tiba-tiba boleh ‘U-Turn’ dalam isu arak Timah. Saya berharap kerajaan tidak ‘U-Turn’ jugalah dalam isu ini lebih-lebih lagi pada musim pilihan raya ini,” kata beliau dalam nada sindiran.

Terdahulu, Kerajaan telah membatalkan hasrat membina sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang asalnya merupakan tapak pembinaan bagi sebuah Sekolah Kebangsaan yang telah digazetkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah didesak pelbagai pihak termasuk penduduk setempat dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan.

Namun, keputusan Kerajaan itu mendapat reaksi negatif daripada sebuah Jawatankuasa SJKC yang memberikan Kerajaan tiga hari untuk memberi sebab-sebab kenapa pembinaan SJKC itu harus dibatalkan.

“Media melaporkan juga, jika tidak, akan ada pendekatan yang lebih radikal bagi meneruskan pembinaan SJKC itu,” kata Aminuddin.

Menurut beliau lagi, ‘paksaan’ ini jelas melambangkan sikap ekstrem kumpulan tersebut yang boleh memberi natijah kepada sistem pendidikan negara.

Beliau seterusnya menyoal sekiranya ‘paksaan’ secara sistematik ini merupakan satu rancangan halus bagi mengabsahkan lagi kedudukan sekolah vernakular.

“Sudah banyak sekolah vernakular yang didirikan di kawasan itu dan di sekitarnya. Mengapakah mahu tamak pula? Sudahlah guna duit kerajaan. Lagipun, kerajaan menggantikannya dengan tapak asal; sekolah kebangsaan, iaitu sekolah untuk semua.”

“Mengapa macam geli dan jijik dengan sekolah kebangsaan?”

Aminuddin seterusnya menegaskan sekiranya tiada ketegasan daripada pihak Kerajaan, ia akan membuatkan kumpulan tersebut semakin berani.

“Seharusnya wujud perasaan hormat terhadap pentadbiran negara dan bukan bertindak mengikut perasaan demi kepentingan mereka sahaja.”

Semalam, portal Samudera.my melaporkan penduduk di Bandar Kinrara memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyegerakan pembinaan dua buah sekolah kebangsaan (SK) dan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di tanah-tanah yang telah diwartakan dalam kawasan Bandar Kinrara kerana SK yang ada terlalu padat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: